Ia Hanya Salah Faham, Saya Maafkan Pereka Grafik Itu- Zoey Rahman

loading...

Memang menjadi lumrah buat mana-mana artis sekali pun, sering kali akan dilontar dengan perkara yang berunsur fitnah dan ada kala dihencap oleh golongan di alam maya atau netizen. 

Terbaru, tersebar meluas di laman sosial yang mendakwa pelakon dan pengacara Zoey Rahman tidak membuat bayaran hasil kerja seni atau artwork kepada seorang pereka grafik.
Namun demikian, Zoey atau pemilik nama sebenar, Mohd Hairey Azhar Abd Rahman menafikan dan berharap peminat tidak percaya dengan dakwaa tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, jelas Zoey, isu itu timbul hanya disebabkan salah faham membabitkan dirinya dengan pereka grafik terbabit sehingga turut menjejaskan nama baiknya dalam bidang hiburan tanah air.

“Semuanya bermula apabila saya mencari pereka grafik sambilan untuk membuat rekaan produk perniagaan yang hanya dikenali di laman sosial sebelum ini.

"Namun, apabila rekaannya kurang memuaskan, saya buat keputusan tidak menggunakan rekaannya.” 

Jelas Zoey, kemudian dia mendapat tahu pereka grafik itu membuat cerita yang tidak betul dengan ‘screenshot’ perbualan kami sebelum ini dan memuat naik di laman sosial, termasuk membuat dakwaan dia tidak mampu membayar hasil kerjanya yang berharga RM200 kerana miskin. 
Bagaimanapun, kata Zoey, dia sudah berhubung dengan pereka grafik terbabit dan membuat pembayaran baki sebanyak RM200 seperti ditetapkan.

“Saya sudah menyelesaikan perkara ini secara baik dan dia juga sudah memohon maaf dengan saya."

“Apapun, saya tidak berhasrat mengambil sebarang tindakan terhadapnya kerana dia masih muda dan banyak lagi ilmu perlu dipelajarinya. Saya juga berdoa semoga dia terus berjaya pada masa depan.”
loading...