Keropok Lekor Turut Terkena ‘Demam’ Hipster Di Malaysia

loading...

Rakyat Malaysia memang tidak dapat lari dari terjebak dengan gejala hipster. Gelaja yang semakin ‘meruncing’ melanda rakyat Malaysia apabila makanan telah dijadikan ‘mangsa’ hipster.
Jika sebelum ini beberapa makanan seperti nasi lemak, roti canai dan menu popular lain telah dijadikan ‘mangsa’ hipster. Beberapa peniaga dikatakan terpaksa menjadikan makanan sebagai mangsa hipster kerana desakan pasaran.
Terkini, kecoh pula di laman sosial dengan penjualan keropok lekor ‘hipster’. Tidak dapat dipastikan sama ada perkara ini sahih atau tidak dan di mana keropop lekor ini di jual. Tetapi seorang pengguna di laman sosial telah berkongsikan gambar keropok lekor itu di laman sosial.
“Keropok lekor hipster katanya.Jangan tanya di mana lokasi sebab saya pun tidak tahu,” tulisnya.
Namun begitu, ada beberapa pengguna laman sosial yang kurang senang apabila melihat dakwaan keropok lekor ‘hipster’ seperti ‘tahi’ itu telah mula di jual.
Keropok lekor memang cukup terkenal di Terangganu dan Kelantan. Kebanyakkan kerepok lekor telah dihasilkan di sana, dan seorang pengguna merupakan rakyat Terangganu telah menafikan dakwaan keropok lekor ‘hipster’ seperti itu telah di jual di pasaran.
Malah, pengguna itu mendakwa makanan ini bukanlah makanan Malaysia. Tetapi telah di jual di Thailand dan ada pihak cuba memburuk-burukkan nama keropok lekor Terangganu.
“Saja la ni nak menjatuhkan makanan orang Terangganu. Tak ada makna keropok lekor hipster, ini bukan di Malaysia. Macam di jual di Thailand, tengok tanda harga di bakul tu “B” “baht”,” katanya.
Jika betul keropok lekor hipster ini ada dijual di Malaysia. Rasanya tidak ramai rakyat Malaysia yang akan membeli keropok lekor seperti ini, melihat pada rupa keropok lekor ini sahaja amat menjijikkan.
loading...