Lisdawati Ambil Upah Menjahit Kerana Kurang Tawaran Lakonan

loading...

 Kuala Lumpur – Kemunculan pelakon-pelakon baharu dalam bidang seni sering menjadi punca ramai pelakon-pelakon lama sudah mula tidak mendapat tawaran lakonan. Kemunculan pelakon baru dalam industri ibarat ‘Cendawan tumbuh selepas hujan’.
Malah, disebabkan sudah mula tiada tempat dalam industri kerana terlalu ramai pelakon baru yang lebih bagus dan mempunyai pakej yang lengkap memaksa pelakon-pelakon lama menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Pelakon Lisdawati Nazaruddin, 38 mendedahkan dirinya sudah kurang menerima tawaran lakonan. Meskipun akui merindui untuk kembali ke lokasi penggambar, Lisdawati masih sabar menanti tawaran lakonan.
Isteri pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi ini sudah kurang menerima tawaran lakonan sejak dia bersalin. Setelah itu, Lisdawati mula sedar perlu mengambil langkah yang lebih baik untuk mengisi masa lapang.
Lisdawati mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan, mengambil upah menjahit baju apabila tidak mendapat sebarang tawaran untuk berlakon.
Sementara itu, pelakon-pelakon lama mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan apabila tidak mendapat tawaran lakonan bukanlah satu perkara yang mengejutkan.
Pelakon Sofi Jikan juga pernah mendedahkan terpaksa berniaga minyak hitam akibat kurang mendapat tawaran berlakon.

loading...