Malu Lahirkan Anak Luar Nikah, Wanita Sembelih Bayi Baru Lahir

loading...

 Hanya kerana malu telah melahirkan anak luar nikah, seorang wanita sanggup melakukan perbuatan kejam dengan membunuh bayi yang baru dilahirkanya dengan menyembelih anaknya dengan sabit.
Kejadian yang berlaku pada jam 6 petang itu disedari oleh seorang penduduk Kampung Batu Tapel Dusun Bati Rurung Desa Lombok apabila terjumpa sebuah kotak yang tersangkut di sungai kecil.
Penduduk kampung dikenali sebagai Inaq Munirim, 40, berkata dia ternampak kotak itu tersangkut pada sungai kecil dan memeriksa isi kandungan kotak tersebut.
“Saya ternampak kotak itu lalu mengambilnya. Bila diperiksa, rupa-rupanya ada mayat seorang bayi lelaki dibalut dengan kain yang masih bertali pusat dan ada uri di dalamnya,” katanya.

Terkejut dengan penemuan itu Munirim telah melaporkan kejadian itu pada pihak polis. Hasil siasatan, pihak polis cuba menjejaki dari mana mayat itu dibuang dan menjumpai kesan darah satu kilometer dari mayat bayi itu di jumpai.
Pihak polis telah menahan seorang suspek wanita dipercayai ibu mangsa yang telah membuang dan membunuh bayi terbabit.
Menerusi keterangan, suspek mengaku telah melahirkan bayi tersebut. Disebabkan takut, malu dan panik telah melahirkan anak luar nikah. Suspek telah mengambil sebilah sabit dan menyembelih leher bayi tersebut sehingga maut.
Suspek mendedahkan terpaksa membuat tindakan tersebut kerana teman lelakinya tidak mahu bertanggungjawab terhadap bayi yang telah dilahirkan itu.
Pihak polis sedang menggandakan operasi untuk menangkap teman lelaki suspek untuk membantu siasatan.
loading...