[PELIK TAPI BENAR] Makan bersama ‘hantu’ tarikan baru di JB..

loading...

 Johor Bharu – Bagi individu yang ‘penakut’ atau lemah semangat rasanya mungkin akan timbul rasa takut untuk datang menjamu selera di gerai makan ‘Sereka Flat Lama Bandar Baru Uda’ di sini.
Siapa yang tidak takut dengan hantu bukan? Dengar sahaja kisah menyeramkan pasti sudah membuatkan bulu roma meremang. Sanggupkah anda makan sambil ditemai ‘hantu’?
Gerai makan di ‘Selera Flat Lama Bandar Baru Uda’ ini bukan sahaja menjamu anda dengan makanan yang enak. Malah, anda juga akan ‘dijamu’ oleh ‘hantu-hantu’ yang berkeliaran di sekitar gerai itu.
Hantu-hantu yang berkeliaran di gerai itu berpakaian putih dengan muka berdarah ataupun mempunyai muka seperti zombie.
Gerai ini telah menyediakan pekerja-pekerja ‘hantu’ kerana mendapat ilham dari kisah-kisah hantu di flat berkenaan. Idea itu nampaknya telah mendapat perhatian ramai sehingga pengusaha gerai itu tidak menang tangan menerima pelanggan yang mahu melihat ‘hantu’ secara berdepan.
Pengurus premis Norfiq sa’at, 30, berkata kini gerainya telah berkembang kepada14 gerai setelah semakin maju. Bermodalkan pengalaman dalam bidang catering selama lima tahun, beliau membuka gerai ini.
Bukan sahaja pelanggan tertarik untuk datang ke gerai ini kerana terdapat pelbagai hantu. Malah, gerai ini juga terdapat banyak menu yang menarik.
“Kami menyediakan pelbagai masakan seperti ayam penyet, ‘laksa penang’, ‘shell out budget’, ‘sate boom’ dan sotong bakar,” katanya dan menambah hidangan utama pilihan pelanggan ialah ‘Nasi Lemak Berhantu’.
loading...