Bengang isteri bersetubuh dengan lelaki lain, Suami penggal kepala isteri hingga putus dan bawa ke balai polis

loading...
NEW DELHI - Seorang lelaki di India memenggal isterinya dengan pedang selepas dia melihat isteri sedang berselingkuh dengan lelaki lain. Pelaku membawa membawa potongan kepalamangsa dengan tangannya sendiri ke pejabat polis.
 
Lelaki bernama Narayan Singh, 38, merasa sudah dikhianati isterinya. Aksinya membuat penduduk sekitar takut, kerana dia membawa potongan kepala mangsa di sepanjang jalan kira-kiralima batu.

Menurut para penduduk kampung, Singh yang seorang petani tak boleh menahan amarahnya saat mendapati isteri, Sarita, 28, hubungan sulit dengan kekasih gelapnya di sebuah pondokpetani pada 30 Januari 2017.


 Singh yang berasal dari Kampung Ghareli di Ingoria, India, tertakluk kepada tuduhan melakukan pembunuhan. Dia telah dihadapkan di mahkamah akhir bulan Januari lalu.

Menurut beberapa sumber di Kampung Ghareli, Singh mempamerkan potongan kepala mangsa kepada penduduk sebelum dibawa ke pejabat polis, di mana dia menyerahkan diri. "Isteri sayatelah mematahkan kepercayaan saya," kata Singh, seperti ditirukan para penduduk.

"Ini adalah sebab mengapa saya memenggalnya. Saya telah memberi amaran dua kali sebelum ini, tapi dia tidak akan memperbaikinya, "lanjut Singh.

Penduduk kampung mendakwa Singh telah menangkap basah isterinya bersama kekasih gelapnya dua kali. Sejak itu, Singh memberi amaran keras dengan akibat mengerikan jika apa yangdia lihat berulang lagi.


 Sejak dua kali melihat isterinya berlaku curang, Singh mengintip isteri sampai akhirnya pada 30 Januari 2017 dia melihat mangsa mengulangi perbuatannya. Singh emosi dan mencapaipedang untuk melaksanakan mangsa.

Pihak polis setempat mengatakan, Singah sudah dimasukkan ke tahanan selama 14 hari sebelum dia dihadapkan semula ke mahkamah.

Vijay Khatri, pegawai polis yang menyiasat kes ini, mengatakan: "Narayan Singh mempunyai keraguan pada watak isterinya. Ia (mangsa) mempunyai hubungan di luar nikah dengan lelaki lain".

"Menurut penduduk kampung, Singh telah memantau kegiatan dan gerakan istrinya selama beberapa hari terakhir," ujar Khatri, seperti dipetik Daily Mail, semalam.

loading...