Empat Tahun Disangka Anak Sendiri, Rupanya Anak Haram Isteri Dengan Skandal

loading...

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti memimpikan untuk memiliki cahaya mata sendiri. Kehadiran cahaya mata juga menjadi pelengkap kehidupan sebuah keluarga dan penyeri hidup suami isteri.
Gelagat comel dan manja anak-anak ini akan menghilangkan segala keletihan di tempat kerja. Anak-anak juga adalah satu rezeki dalam rumah tangga.
Tetapi, apa pula reaksi anda apabila anak yang dijaga seperti menatang minyak yang penuh bukan darah daging sendiri?
Seorang lelaki dikenalli sebagai Amirul berasal di Seremban menceritakan pengalaman hitam berkahwin dengan isteri yang curang dengan skandal hingga melahirkan anak. Selama empat tahun membelai dan menyayangi anaknya, Amirul mengetahui anak itu bukanlah anak sendiri.
Lebih memeritkan anak yang difikirkan anak kandungnya itu adalah anak hasil hubungan sulit isterinya dengan lelaki lain yang disembunyikan dari pengatahuannya selama empat tahun.
Rahsia ini mula terbongkar apabila ujian DNA dilakukan terdapat anak ketiganya itu yang berusia empat tahun. Kisah ini mula berlaku sejak 2010 lagi apabila sering mendengat cerita isterinya dikenali sebagai Rafidah menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sepejabat berstatus suami orang.
Tetapi, Amirul menyangka itu hanya ‘cakap-cakap orang’ dan tidak mengambil serius perkara itu sehinggalah isteri pada kekasih gelar isterinya itu sendiri datang berjumpanya dan menceritakan perkara sebenar.
Amirul meminta penjelasan mengenai perkara itu akhirnya isterinya mengaku memang ada skandal dengan kekasih gelapnya itu. Disebabkan tidak sanggup menerima berita itu, Amirul mengambil keputusan menceraikan isterinya dengan talak satu di hadapan ibu dan mentuanya pada Julai 2010.
Walaupun begitu Amirul masih sayangkan isterinya dan memberi peluang kedua memandangkan waktu itu isterinya hamil tiga bulan dan rujuk semula. Peluang kedua yang diberikan ini dengan harapan isterinya akan berubah.
Namun begitu, sekali lagi Amirul kecewa apabila isterinya sekali lagi menjalinkan hubungan dengan kekasih gelapnya itu semula. Kali ini, lebih memeranjatkan, Amirul mendapat tahu isterinya telah ditangkap khalwat dengan kekasih gelap itu oleh pihak jabatan agama.
“Saya ambil keputusan menceraikannya buat kali kedua, sebelum mengetahui dia pernah ditangkap khalwat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) pada Ogos tahun lalu di sebuah hotel di Jempol.
“Setelah berpisah, bekas isterinya bersetuju memberi dua orang anak dan hak penjagaan kepada Amirul, kecuali anak bongsu.
“Saya kemudian mengesyaki ada tidak kena apabila abangnya menegur rupa paras anak bongsunya dengan adik beradik lain nampak tidak sama, malah jauh berbeza dari segi kulit dan gaya rambut,” ujarnya.
Amirul berkata, setelah diteliti, paras rupa anak bongsunya mirip dengan anak keluarga lelaki kekasih gelap isterinya itu sehinggalah keputusan DNA keluar, barulah Amirul tahu anak itu sebenarnya bukan anaknya.
“Setelah empat tahun saya menjaganya, memberi kasih sayang dan menjaga sepanjang tempoh berpantang, ini balasan diterima,” ujarnya.
Penting dalam berumah tangga adalah mendidik isteri dan anak-anak mendalami agama Islam. Teguh dan kuat tiang agama seseorang itu, kuat juga seseoeang itu melawan hasutan syaitan dan tidak menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu merosakkan dan membinasakan rumah tangga.
loading...