Video : doktor dan jururawat sambut tahun baru dengan kek bentuk kemaluan wanita

loading...

GARA-gara meraikan Tahun Baharu Orthodox dengan kek yang direka berbentuk vagina, sekumpulan doktor dan jururawat di unit ginekologi di Macedonia, telah didenda sebanyak 30 peratus daripada nilai gaji masing-masing sebagai hukuman kerana tidak menghormati pesakit.


Skandal berkenaan terbongkar selepas salah seorang pekerja di situ memuatnaik gambar jamuan tersebut di dalam media sosial.

“Kami berterima kasih di atas muffin yang cantik dan original yang menjadi maskot kepada jabatan obstetri dan ginekologi.

“Sebagai tambahan kepada hari yang panjang ini, kami berjaya untuk berkumpul dan meraikan Tahun Baru Orthodox,” demikian tulis kapsyen dalam gambar yang dimuatnaik ke internet itu.


Keputusan untuk mendenda staf berkenaan dibuat oleh jawatankuasa disiplin dan pengurus kewangan hospital terbabit, Elizabeta Paparova.

“Selepas siasatan, terdapat cadangan daripada pengarah hospital supaya doktor dan jururawat yang berada dalam gambar itu dikenakan denda,” kata Paparova.

November tahun lepas, Jabatan itu telah dikejutkan dengan kejadian seorang ibu muda berusia 26 tahun dan bayinya yang meninggal dunia akibat kejutan toksid.



loading...