loading...
Semalam, Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31) telah berlangsung dengan cukup meriah sekali bertempat di PWTC. Seperti sudah dapat diramal oleh orang ramai, lagu ‘Lelaki Teragung’ nyanyian Dayang Nurfaizah telah menjadi juara.
Malah, Dayang juga telah mendapat Anugerah okal Terbaik. Lagu yang turut dipertandingkan pada AJL31 adalah Terakhir (Sufian Suhaimi), Selamanya Cinta (Shila Amzah & Alif Satar), Ku Rela Dibenci (Aiman Tino), Di Amaran Mama (Hazama) dan Obses (Akim & The Majistret).
Turut bertanding adalah Setia (Elizabeth Tan feat Faizal Tahir), Kalah Dalam Menang (Syamsul Yusof feat Mawi), Hang Pi Mana (Khalifah) dan Anugerah Terindah (Black).
Kesemua persembahan pada malam itu telah menarik perhatian netizen. Namun begitu, rata-rata netizen telah mengkritik lagu Obses yang dipersembahkan oleh Akim & The Majistret.
Tampil dengan solekan yang agak ‘unik’ untuk menarik perhatian barisan juri. Akim telah membuat persembahan dengan solekan ‘Joker’ atau solekan yang sering dikenakan oleh kumpulan penyanyi barat ‘My Chemical Romance” pada wajahnya.
“Dah macam black metal aku tengok, sebelum ini jadi penyanyi penampilan macam manusia. Lepas glamour sikit, tuhan pun dah lupa,” kata pengguna media sosial.
Sementara itu, ada juga peminat merasakan solekan ‘Joker’ Akim itu hanya dibuat untuk menarik perhatian barisan juri untuk mendapat Anugerah Persembahan Terbaik. Persembahan Terbaik dimiliki kumpulan Khalifah menerusi lagu Hang Pi Mana dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.
loading...