loading...
Rumahtangga Pelakon Hanez Suraya yang sebelum ini gah diperkatakan kerana pelbagai kontroversi, kini diambang keruntuhan. Khabar angin mengatakan, ianya berpunca dari orang ketiga.
Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 30, dikatakan menghadapi masalah dengan suaminya, Romie Razin Adilha Abd Rais apabila meluahkan perasaan sedih menerusi beberapa perkongsian status bergambar di laman sosial Instagram miliknya.
Namun, Hanez tampil tidak memberi sebarang komen kerana tidak mahu menjejaskan hubungan dan perlu menghormati suami.
Setelah hampir beberapa lama kontroversi rumahtangga Hanez itu telah reda, kini Hanez memfailkan cerai di Mahkamah Syariah terhadap suaminya itu.
Nama pelakon itu juga telah tersenarai dalam kes yang terdapat di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam. Perkara ini sekaligus telah memberikan kejutan pada orang ramai berikutan keluarga itu tidak menunjukkan sebarang tanda mengalami masalah rumahtangga.
Namun begitu, ada antara netizen yang dilihat agak gembira apabila mengetahui tentang masalah rumahtangga pasangan ini. Malah, netizen merasakan apa yang berlaku pada Hanez ini adalah ‘kifarah’.
“What u give u get back, kifarah will come to you. Hati-hati jangan merampas hak orang, laki or bini orang. tunang or special orang,” kata pengguna media sosial.
Aktres itu bernikah dengan Romie pada majlis yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya pada 14 Mac 2015. Hasil perkongsian hidup pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Puteri Aleesya.
loading...