loading...
Semalam netizen dikhabarkan ada seorang ibu
bersama dua orang anaknya meminta bantuan orang awam di Stesen Petronas, Puncak
Alam.
Perkongsian yang dimuat naik oleh Emma Minhat itu menjadi
viral lebih dari 10,000+ perkongsian di Facebook.
Bagaimanapun, status itu telah dipadamkan tidak beberapa
lama kemudian selepas ramai pihak yang tampil mendedahkan bahawa wanita itu
sebenar telah menipu orang ramai.
Dalam masa yang sama juga, ada segelintir netizen yang
mengecam, menunding jari dan menyalahkan pihak-pihak seperti pihak masjid,
zakat dan sebagainya kerana tidak memberi bantuan kepada keluarga wanita ini.
Lembaga Zakat Selangor (LZS) kesal dengan tindakan netizen
yang tidak bertanggungjawab terbabit, tampil memuat naik penjelasan seorang
pengguna Facebook yang menjelaskan cerita sebenar.
“Pandai akak ni buat drama. Maaflah kepada semua rakan-rakan
Facebook yang comment di sini. Jujur saya akui, rakyat Malaysia ini memang
prihatin sebenarnya. Dulu pernah kena tipu dengan akak ini. Alasan dia
menggunakan anak-anak. Seharian naik motor dia boleh dapat tiga beg beras dan
dia belanja di kedai makan beli tomyam dan paprik. Ada pula duit? Tak pelik ke?
“Sebab dulu dia pernah kata suami dia kerja bawa lori dan
dia juga bekerja. Dia dapat duit dari Pusat Zakat setiap bulan. Kalau dia
bekerja, dia tak akan meminta sampai macam itu sekali.
“Pakcik saya dah terkena dengan perempuan ini. Dia datang
rumah minta duit dengan muka kasihan dan alasan dia anaknya sakit, perlukan
duit untuk buat pembedahan. Pakcik saya masih mempunyai anak-anak kecil hanya
mampu beri RM50 sahaja sebab dia pun nak guna duit untuk anak-anaknya sekolah.
“Memang betul orang kata ‘don’t judge a book by it’s cover’
tetapi kadang-kadang kita kena judge juga. Jangan percaya orang terlampau
mudah. Pandai akak ini menipu, hebat akak ini punya drama. Good akak, well
done. Terima kasih sebab berjaya buat semua orang prihatin terhadap anda.
“Harap jangan kecam saya okay, ini realiti, bukan nak auta,”
katanya Nizza Etton.
Justeru, LZS menasihatkan orang ramai tidak cepat mencari
salah, menunding jari dan menghukum orang atau pihak lain sewenang-wenangnya.
Kami sempat melihat post yang viral ini & menjenguk
komen-komen dalam post tersebut.
Ada antara netizen yang TERLALU HEBAT mengecam,menuding
jari,menyalahkan pihak lain seperti pihak masjid,zakat dan pihak berkuasa yang
lain.Post yang asalnya berniat murni jadi tempat kecaman pulak.
Akhirnya,post yang hampir mendapat 10K likers dan beratus
ratus share itu dalam telah dipadam oleh empunya post setelah mendapat tahu
kisah sebenar berkenaan keluarga tersebut.
Maka,bernasib baiklah kepada netizen yang mengecam kerana
kecaman yang ditulis tidak kekal lama dalam alam maya.Jika tidak,boleh menjadi
saham akhirat yang tidak baik kelak.TAPI isu sekarang ada yang telah
printscreen dan buat post baru bantu viral kisah ini.
loading...