Suami Gila Bayang Pada Janda akibat ilmu guna-guna..

loading...

 Bukan sesuatu yang pelik apabila lelaki ‘gila bayang’ dan terkejar-kejar pada perempuan yang disukai. Malah, ada juga lelaki yang ‘gila bayang’ pada bekas isteri.
Golongan Adam ini akan buat apa sahaja untuk memenuhi impian dan ada kalanya tindakan itu keterlaluan serta tidak masuk akal. Tetapi, perkara ini juga tidak boleh menyalahkan golongan Adam seratus peratus.
Jika bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi, perkara ini mula akan merosakkan rumah tangga yang telah dibina apabila pihak lagi satu mula ‘melayan’.
Seorang isteri terpaksa makan hati gara-gara suami sudah mula ‘gila bayang’ pada bekas isteri. Perkara ini bermula apabila bekas isteri dilihat mula ‘menggoda’ suaminya dengan menelefon suami dan menghantar gambar lucah.
“Masalah saya teramatlah berat, suami saya tengah gila dengan jandanya walaupun dah lama bercerai. Benar kata orang tepuk sebelah tangan tak akan bunyi.
“Sekarang ni tiap-tiap hari jandanya akan telefon di WhatsApp. Alasan yang di pakai pasal anak-anak, siap berbalas gambar yang tak senonoh. Balik kerja masuk rumah terus mengadap telefon sampai ke malam mesej dengan jandanya.
“Saya ada cakap dengan jandanya kalau memang nak rujuk balik cakap terus terang jangan sembunyi, biar saya mengalah saya dah tak sanggup. Jandanya siap jawab cara ini lagi seronok dari rujuk balik dan kahwin balik dengan suami,” tulisnya.
Wanita ini merasakan suaminya seperti sudah terkena ‘bomoh’ kerana terlalu mengikutkan apa sahaja cakap bekas isterinya. Malah, wanita ini telah menuntut cerai dengan suaminya itu kerana merasakan tidak perlu mempertahankan lagi rumah tangga yang dibina.
Wanita ini mahu membesarkan anak hasil perkahwinan mereka sendiri dan tidak mahu terus ditipu dan diperbodohkan suami dan jandanya itu. 
loading...