Benarkah Lelaki Kahwin Lagi Satu Hidup Lebih Lama?Ini Jawapannya

loading...

Diolah oleh Syakireen Othman . Sumber dari Hanasuva
Menerusi laman web Hanasuva yang memuat naik artikel ini, dikhabarkan seorang pakar motivasi pernah membuat kenyataan bahawa lelaki yang mengahwini seorang wanita lebih dari satu dan mengamalkan poligami, umurnya lebih panjang dan lebih sihat. Kajian ini telah dijalankan oleh pakar motivasi bernama Virpi Lummaa dari Universiti Sheffield yang mengeluarkan kenyataan tersebut.
Tahukah anda, menurut Virpi, golongan lelaki yang mengamalkan poligami hidup lebih lama iaitu 12% dari lelaki yang berkahwin seorang sahaja. Kajian tersebut telah dijalankan kepada seorang lelaki yang berusia 60 tahun dan  berasal dari negara yang memiliki 140 orang lelaki yang berkahwin lebih dari satu.
Lebih istimewa, menurut kajian yang dilakukan, pemakanan serta pengurusan diri yang diamalkan oleh lelaki yang mengamalkan poligami ini lebih terjaga dan lebih bahagia apatah lagi mempunyai anak yang ramai serta kehidupan seks yang terjaga. Bila semuanya semakin terjaga, ianya akan mempengaruhi hormon dan metabolisma yang menjadikan tubuh seseorang menjadi lebih baik.
Apa pun kajian ini hanya berkesan apabila dijalankan kepada lelaki yang adil dalam berpoligami sahaja. Untuk anda yang diluar sana, janganlah jadikan alasan untuk berpoligami. Tapi seandainya telah ditaksirkan untuk berpoligami, terimalah ketentuan dari-Nya dengan redha. pasti ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku dalam kehidupan kita.
loading...