JKR larang kakitangan komen negatif tentang kerajaan di media sosial

loading...

LAMAN Sesawang rasmi Jabatan Kerja Raya, JKR menyiarkan satu pemberitahuan melarang kakitangannya membuat sebarang komen negatif tentang kerajaan di media sosial.
"Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia dinasihat dan diperingatkan untuk menghindarkan diri daripada membuat sebarang komen-komen negatif dan tidak sepatutnya di laman media sosial berkaitan pemimpin negara, dasar dan polisi kerajaan dan perkara-perkara berkaitan," tulis laman itu.

Kakitangan JKR yang ingkar juga bakal berdepan dengan siasatan dan tindakan mengikut prosedur sedia ada di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Jadi selepas ini jika anda merupakan kakitangan JKR faham-faham sajalah. Jangan kutuk Najib lagi macam selalu.

Biarlah berapa banyak pun cukai GST nak dinaikkan, berapa melambungnya harga barang, berapa banyak peruntukan nak dipotong atau berapa banyak pun duit negara kena sapu, anda kena puji Najib banyak-banyak.

Kalau tak tahu cara nak puji Najib boleh pergi ke halaman facebook dia, di situ anda akan lihat banyak akaun-akaun fake yang menulis #RespectMyPM berulang-ulang macam orang gila dalam setiap kiriman di facebook Najib Razak.

Anda pun bolehlah menyertai mereka, pastikan setiap kali buka facebook jangan lupa tulis hashtag #RespectMyPM banyak-banyak dan berulang-ulang terutama ketika di tempat kerja. 



loading...