Puisi Fattah Amin Buat Neelofa Menangis

loading...


Walaupun drama Suri Hati Mr Pilot telah lama melabuhkan tirai. Nampaknya peminat masih lagi tidak dapat mahu menamatkan kisah cinta antara Neelofa dan Fattah Amin.
Malah, peminat juga telah mewujudkan hashtag #lofattah untuk pasangan ini sebagai membayangkan kemesraan pasangan ini serasi serta sesuai bercinta bersama. Namun timbul khabar angin mengatakan hubungan mereka tidak lagi seperti dulu. Difahamkan hubungan Fattah dan Neelofa retak apabila ada dakwaan wujud orang ketiga.
Terbaharu, Fattah telah tampil dengan lagu baharu berjudul ‘Wanita terakhir’ yang dikatakan dibuat dan ditujukan buat ‘si dia’ iaitu Neelofa. Baru beberapa hari dilancarkan lagu itu telah trending.
Lagu ini telah mendapat tempat di hati peminat dan dapat merasakan kehangat cinta #lofattah ini. Semalam, program Meletop telah bersiaran secara langsung dan Neelofa dan Nabil Ahmad telah menjadi pengacara program itu.
Antara artis jemputan yang telah manarik perhatian ramai adalah Fattah. Fattah tampil dalam program itu untuk mempromosikan satu drama. Sementara itu, Fattah juga sempat menyanyi lagu ‘Wanita terakhir’ di set Meletop.
Sebelum menyanyikan lagu itu Fattah sempat membaca beberapa puisi romantik didakwa ditujukan pada Neelofa. Sepanjang menyanyikan lagu itu penonton yang hadir semasa program itu berkata Neelofa menitiskan air mata mendengar Fattah menyanyi lagu terbabit.
Persembahan Fattah itu telah mendapat pujian dari ramai netizen. Peminat merasakan pasangan ini adalah pasangan yang sangat romantik.
“Romantik sangat,untung kak Lofa. Fattah macam jeling-jeling Lofa masa menyanyi ya Allah. Bahagia hidup tengok #lofattah berjuta kali tengok pun tak boring,” ujar pengguna laman sosial.
Ada juga peminat yang menyangka Fattah akan melamar Neelofa di program Meletup itu semasa membaca puasi cinta itu.


loading...