Wan Sharmila Kesunyian 7 Tahun Bergelar Janda

loading...

Setelah hampir tujuh tahun bergelar janda setelah bercerai dengan bekas suaminya. Pelakon Wan Sharmila akui dirinya kini merasa kesunyian dan berniat untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.
Wan Sharmila atau nama sebenarnya Wan Sharmila Wan Mohamed berkata, hasrat untuk menutup kesunyian dalam hidupnya itu tidak kesampaian berikutan diri masih belum bertemu jodoh.
“Sejujurnya saya kurang selesa hidup seorang diri. Selepas arwah ibu meninggal beberapa tahun lalu, hidup saya semakin sunyi,” katanya.
Keluarganya juga sering bertanya dan ingin melihat pelakon itu cepat mendirikan rumahtangga serta mendoakan segera ditemukan dengan jodoh yang sesuai.
Terdahulu, Sharmila telah mengejutkan peminat dengan memuat naik gambar imbasan perut. Rata-rata peminat menyangka Sharmila telah mengandung. Gambar imbasan perut itu bukan ultrabunyi bayi tetapi imbasan keadaan kesihatan Sharmila yang semakin pulih selepas empat tahun mengidap sejenis penyakit yang enggan dikongsikan dengan khalayak.
Terdahulu,Sharmila telah berkahwin dengan Fazli Baharom pada 2007. Namun pasangan ini telah bercerai setelah dua tahun bersama, pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata. 
loading...